Tips Membuat Idea ‘Content Marketing’ Yang Solid Sepanjang Tahun

Dalam dunia hari ini, content marketing memainkan peranan penting dalam mana-mana bisnes. Membina content perlu selaras dengan matlamat anda dan perlu konsisten dalam menghasilkannya. Tetapi kadang-kadang, anda kehabisan idea. Penyelesaian? Membuat content untuk sekurang-kurangnya satu tahun ke hadapan. Dengan cara ini, anda hanya menumpukan pada membuat content yang hebat. Artikel ini akan membantu anda mempelajari cara menjana idea content untuk blog atau website anda bagi setahun akan datang.
Membuat idea content mungkin memerlukan banyak usaha pada permulaannya. Tetapi selepas merancang content sepanjang tahun, anda tidak perlu risau tentangnya lagi.
‘Brainstorm’ Topik Content
Susun sesi brainstorm bersama team anda dan catat setiap idea yang keluar walaupun idea tersebut tidak masuk akal. Ini caranya:
- Catatkan setiap idea yang dilontarkan oleh team anda
- Bantu mereka menjana idea sebanyak mungkin
- Fokus pada niche anda
- Pecahkan kumpulan yang besar kepada lebih kecil
- Libatkan semua orang sekali termasuk team dari department lain
Fahami dan Dengar ‘Audience’
Tambahkan value kepada audience anda, setiasa mendengar luahan mereka, beri perhatian kepada maklum balas mereka, dan anda akan kenal pasti apa yang perlu dilakukan untuk mengembangkan bisnes anda.
- Pastikan solusi yang tepat kepada masalah mereka
- Fikirkan format content yang betul untuk audience anda
- Fahami audence dengan membina ‘persona’ mereka
- Galakkan mereka berkongsi idea (Contoh dengan membuat survey)
Dengan cara ini, anda tidak menyasarkan kepada semua orang tetapi segmen spesifik audience anda. Ini dipanggil ‘super-targeting’, sesuatu yang sangat bernilai untuk mana-mana bisnes.
Kuasai Media Sosial
Media sosial adalah mengenai orang dan minat mereka. Audience anda pasti ada di sana. Apa yang anda perlu buat adalah mencari mereka dan ambil tahu apa yang mereka bincangkan.
- Cari ‘hashtag’ berkaitan bisnes anda di Instagram, Facebook, Twitter dan sebagainya.
- Lihat soalan-soalan yang orang tanya di Group Facebook, forum dan sebagainya.
- Perhatikan apa yang pesaing anda buat di media sosial dan bertindaklah sewajarnya.
Media sosial sangat membantu anda memahami perkara yang orang ramai lakukan. Anda boleh menemui beberapa topik yang sangat bagus dengan memberi perhatian kepada audience anda di media sosial.
Manfaatkan ‘Google Autocomplete’
Kebanyakan marketer perlu kuasai kehebatan ‘Google Autocomplete’. Ini juga adalah cara yang bagus untuk mendapatkan topik hangat yang selaras dengan perkara yang anda taip di Google. Sebagai contoh, jika anda taip ‘tips buat’ di Google, akan muncul beberapa cadangan:
- tips buat resume
- tips buat homestay
- tips buat cream puff

Dan banyak lagi senarai yang dihasilkan oleh Google. Cara ini sangat mudah menghasilkan berpuluh-puluh idea content yang berpotensi untuk anda lakukan.
Kaji Selidik ‘Influencer’ Atau ‘Blogger’
In adalah salah satu cara yang paling cepat untuk menghasilkan beberapa idea dalam membuat content bagi niche anda. Sebagai contoh, mengkaji apa yang ditulis oleh Irfan Khairi di blognya pasti akan membantu jika anda menceburi bidang perniagaan.
- Buat carian di Google berkaitan niche anda
- Senaraikan nama-nama blog di carian
- Baca dan kaji apa yang menarik bagi anda
Apa yang menarik adalah cara ini sangat menjimatkan masa anda dengan hanya melakukan carian keyword berkaitan dan semestinya anda akan mendapat banyak idea-idea content berkaitan niche anda.
‘Recycle’ Content
Cara ini membantu kerana anda sudah tahu dan pakar mengenai topik yang telah dibuat. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari medium atau channel baru untuk mencari lebih ramai audience baru.
- Cari semua tulisan-tulisan yang anda pernah buat sebelum ini di blog, Facebook dan lain-lain
- Tukarkan penulisan anda itu kepada bentuk lain seperti ebook, infographic, video YouTube, Tiktok dan sebagainya
Buat ‘Keyword Research’
Membuat kajian carian keyword adalah cara terbaik untuk membuat content sepanjang tahun. Proses untuk mencari dan menganalisis keyword carian di Google selalunya digunakan untuk mengoptimasikan enjin carian (SEO). Kaedah ini akan mendedahkan banyak perkara seperti pertanyaan orang, berapa banyak carian (volume), carian trending, persaingan dan banyak lagi. Untuk melakukan carian keyword memerlukan ‘tools’ yang tepat. Berikut adalah contoh ‘tools’ percuma yang anda boleh gunakan:
Penutup
Walau bagaimanapun, untuk menghasilkan idea baru content bukanlah sesuatu yang mudah, memerlukan kajian yang menyeluruh dan perlu dilakukan secara konsisten. Dengan itu, semoga artikel ini dapat membantu dan memberi anda idea bagaimana untuk membuat content yang berkualiti sesuai dengan bisnes anda!
