
Sebagai usahawan solo, memasarkan bisnes adalah sesuatu yang sangat mencabar, terutamanya dengan bajet yang terhad. Tetapi jangan risau, banyak tools pemasaran digital ‘PERCUMA’ untuk membantu bisnes anda.
Manfaatkan semua ‘tools’ yang disediakan ini, dan sama ada anda usahawan baru bermula atau usahawan yang berpengalaman, ini akan membantu dalam mengembangkan perniagaan atau bisnes online anda.
Penjana Nama Perniagaan
Namelix.com ialah laman web yang membantu anda menghasilkan nama untuk sesuatu. Ia mudah digunakan, dengan masukkan beberapa kata kunci, dan namelix.com akan menjana senarai idea nama bisnes untuk anda.
Namelix.com sangat bagus untuk mencari nama untuk perniagaan, produk, aplikasi, website dan banyak lagi. Website ini sangat bagus untuk membantu menjana nama bisnes anda. Tools percuma lain yang anda boleh cuba seperti, Business Name Generator.

Google Docs
Google Docs adalah tools serba boleh, daripada menulis novel kepada membuat resume. Dan, yang paling penting, ia PERCUMA! Sama ada anda pengguna berpengalaman atau baru bermula, berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda memanfaatkan Google Docs sepenuhnya.
Salah satu ciri Google Docs yang paling berharga adalah keupayaan untuk bekerjasama dengan pengguna lain dalam satu masa. Ini sangat membantu apabila anda sedang mengerjakan projek kumpulan atau perlu mendapatkan maklum balas tentang dokumen. Untuk memulakan kerjasama, klik butang ‘Share’ dan jemput pengguna lain untuk melihat atau mengedit dokumen anda.

Satu lagi ciri hebat Google Docs ialah integrasi dengan produk Google yang lain. Sebagai contoh, dengan mudah anda boleh memasukkan imej daripada Google Drive atau menggunakan alat lukisan untuk menambah carta dan rajah. Anda juga boleh memasukkan video YouTube! Dan, jika anda perlu melakukan penyelidikan, anda boleh menggunakan fungsi carian Google terbina di dalamnya untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan cepat.
Jadi, sama ada anda sedang mencari pemproses perkataan yang berkuasa atau tools penulisan yang bagus, Google Docs akan membantu anda. Dengan banyak ciri dan integrasi yang disediakan, tidak hairanlah bahawa Google Docs telah menjadi pilihan popular untuk pengguna.
Google Trends
Google Trends adalah tools online percuma yang membolehkan pengguna melihat betapa popularnya istilah carian dari semasa ke semasa. Masukkan kata kunci atau frasa ke dalam bar carian, dan Google akan menunjukkan kepada anda bagaimana kata carian tersebut telah digunakan dari semasa ke semasa.
Anda juga boleh menggunakan Google Trends untuk membandingkan pelbagai kata kunci bersebelahan. Ini boleh membantu melihat kata kunci yang lebih popular dan mengesan bagaimana populariti berubah dari semasa ke semasa.

Google Trends juga menawarkan visualisasi data yang menarik, seperti peta dunia yang menunjukkan tempat orang mencari istilah tertentu. Secara keseluruhannya, Google Trends adalah satu alat yang berharga untuk kita memahami cara orang menggunakan internet dan mengesan trend yang berubah dari semasa ke semasa.
Penambah Baik Penulisan
Sama ada edit artikel atau memo perniagaan, kita mudah membuat kesilapan dan typos. Memperkenalkan Hemingway Editor.
Hemingway Editor merupakan tools yang membantu anda mengawal penulisan anda dengan mengenal pasti bahagian yang memerlukan penambahbaikan. Ia dinamakan sempena nama Ernest Hemingway, terkenal dengan prosanya yang jelas dan padat. Editor ini mengenal pasti kata keterangan, suara pasif dan frasa kompleks yang boleh dipermudahkan.
Ia juga memberi anda skor kebolehbacaan untuk melihat betapa mudahnya tulisan anda untuk difahami. Jika anda sedang mencari cara untuk meningkatkan kemahiran menulis, anda patut mencuba Hemingway Editor.

Penjana Headline
Pada hari ini, headline, berita atau tajuk sesuatu artikel sangat penting. Dengan kemunculan internet, orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber, dan headline akan menentukan sama ada mereka akan klik pada artikel tertentu atau tidak. Jadi, inilah pentingnya untuk memastikan bahawa headline anda berkesan.
Berita baiknya, terdapat tools PERCUMA yang boleh membantu anda menjana headline. Kesemua website ini akan menjana pelbagai jenis headline yang boleh digunakan di dalam artikel atau penulisan anda. Berikut adalah tools yang anda boleh cuba:
Penjana Soalan Pengguna Internet
Mungkin anda pernah mencuba tool seperti Answer the Public secara percuma cuma terdapat limit untuk menggunakannya. Tools seperti ini akan membantu dalam kata kunci organik, SEO, dan Adwords. Taipkan topik anda, dan ia akan menjana senarai soalan yang ditanya orang tentang topik itu di internet. Ianya sangat berguna dalam membuat content dan mencari kata kunci untuk disasarkan.
Ramai orang semakin beralih ke internet untuk mendapatkan jawapan kepada soalan mereka. Dengan hanya klik dihujung jari, anda boleh tahu hampir semua perkara.
Apabila mencari maklumat yang boleh dipercayai, anda memerlukan website yang boleh dipercayai. Satu lagi tool untuk dicuba iaitu Answersocrates. Laman tersebut akan memberikan maklumat yang tepat dan terkini tentang pelbagai topik. Manfaatkanlah tools ini dengan sebaiknya.

Penjana Kata Kunci
Antara tools percuma untuk mengkaji kata kunci di internet iaitu Ubersuggest. Ubersuggest merupakan tools untuk mengkaji kata kunci atau keywords yang boleh membantu anda menjana idea kandungan baru, keywords yang kurang persaingan dan mengenal pasti prestasi SEO anda.
Masukkan keywords ke dalam bar carian, dan Ubersuggest akan menjana senarai keywords yang berkaitan dan volume carian, CPC dan tahap persaingannya. Anda juga boleh menggunakan Ubersuggest untuk menentukan keywords yang pesaing anda gunakan, dengan hanya memasukkan ‘domain’ pesaing anda.

