
Sebelum Memulakan Perniagaan Internet
Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang anda ingin lakukan. Apa yang anda ingin niagakan? Apa potensi pendapatan yang anda inginkan? Berapa modal yang anda sanggup keluarkan? Semua perkara ini, anda perlu titik beratkan sebelum memulakan perniagaan. InshaAllah dilemma anda dalam perniagaan internet akan berakhir. Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu memikirkan perkara berikut :

Jenis Perniagaan Di Internet
Anda perlu fikir apa jenis perniagaan yang anda ingin jalankan di internet. Adakah perniagaan anda melibatkan penjualan barang? Adakah anda ingin menjual servis? Adakah anda hanya ingin menulis blog? Adakah anda ingin menjadi affiliate? Anda tentukan apa yang terbaik untuk anda. Namun, sebaik-baiknya anda pilih perniagaan yang anda tahu dan senang dahulu.

Rancangan Perniagaan
Anda juga perlu memikirkan rancangan perniagaan yang bakal anda lakukan. Berapa modal yang anda perlu untuk memulakan perniagaan? Berapakah potensi keuntungan yang anda mahu? Bagaimana dengan strategi pemasaran anda?

Persediaan Tempat Kerja Dan Alatan
Di manakah anda ingin lakukan pekerjaan anda? Jika di rumah, pastikan anda menyediakan ruang yang selesa untuk anda lakukan semua pekerjaan anda. Pastikan semua peralatan anda cukup seperti komputer, line internet yang berkelajuan tinggi, printer dan mungkin mesin faks. Ia bergantung kepada perancangan anda.

Adakah Perniagaan Anda Halal atau Haram?
Periksa sama ada perniagaan yang bakal anda lakukan menepati ciri-ciri yang dibolehkan dalam agama. Anda wajib siasat perkara ini dahulu sebelummemulakan perniagaan anda. Pastikan juga ia mematuhi peraturan negara.
Perancangan Membina Perniagaan Internet

Pilih Satu Niche Untuk Perniagaan Anda
Niche bermaksud bidang. Apa bidang yang anda ingin niaga? Produk kecantikan, produk kesihatan, produk kekeluargaan, produk sukan atau produk pelancongan. Pilih satu bidang dan kecilkan ia lagi.
Contohnya anda pakar dan boleh berniaga dalam bidang keluarga, kecilkan niche anda kepada barangan kanak-kanak. Fokus pada satu niche dahulu sebelum bergerak ke niche yang lain.

Dapatkan Produk
Cari produk untuk di jual sama ada anda dari pihak anda atau dari pihak lain ( jual melalui affiliate atau dropship).

Pengurusan Produk
Tentukan cara untuk menghantar produk anda. Tentukan satu cara yang senang bagi anda.

Cari Nama Jenama Perniagaan Anda
Pilih nama yang mudah di ingati dan mudah untuk di sebut sebagai nama perniagaan anda. Nama jenama adalah penting dalam memperkenalkan perniagaan anda.

Dapatkan Website Dan Pilih Medium Pembayaran
Dapatkan website untuk kegunaan perniagaan internet anda. Siapkan website anda sama ada dalam bentuk shopping cart, blog atau minisite. Anda tentukan sendiri. Pastikan laman web anda menarik. Pilih juga medium pembayaran. Anda tentukan sama ada untuk menerima kredit kad, online transfer atau paypal. Kalau boleh adakan semua pilihan yang ada untuk memaksimumkan keuntungan anda.

Dapatkan Hosting
Pilih hosting yang berpatutan dengan bajet anda. Pastikan juga hosting yang anda pilih sesuai dan boleh host laman web anda. Tidak apa mahal, asalkan ia boleh membantu perniagaan anda.

Bina Mailing List
Bina mailing list untuk menyimpan prospek anda. Ia adalah asas dalam mana-mana perniagaan internet. Pastikan mailing list anda adalah berkualiti. Sentiasa berkongsi tips dengan senarai email anda.

Pasarkan Laman Web Anda
Cari cara terbaik untuk memasarkan produk dan laman web anda.

Media Sosial
Pemasaran Media Sosial adalah istilah yang telah menjadi bahagian penting dalam strategi pemasaran untuk mana-mana perniagaan kini. Ia merangkumi penggunaan rangkaian media sosial popular di Malaysia seperti Facebook, Whatsapp, Twitter, Instagram, Youtube dan Tiktok untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan syarikat anda.
“Tujuan utama social networking sites ni bukan untuk promosi perniagaan! Tetapi, ia akan menjadikan kita lebih dikenali, jenama kita lebih dikenali dan secara tak langsung, perniagaan juga akan dikenali.” – Irfan Khairi.
Ramai mula mencari pendapatan tambahan dan perniagaan melalui internet adalah antara perniagaan yang mereka pilih. Kos operasi yang rendah dan potensi keuntungan yang lumayan membuatkan lebih ramai memilih perniagaan internet untuk mencari pendapatan tambahan. Tambahan pula, ia boleh di jalankan dari rumah dan berada di samping keluarga yang tersayang.
Oleh itu, anda perlu ingat, perniagaan internet adalah perniagaan sebenar. Anda perlu rajin dan sentiasa berusaha untuk mendapat keuntungan yang besar.
