Bisnes di Tiktok? Apa Yang Perlu Anda Tahu?

sejarah
Tak lengkap jika kita menggunakan TikTok sebagai medium promosi atau perniagaan tetapi kita sendiri tidak tahu bagaimana asal usul TikTok itu sendiri. Sebelum ini, aplikasi Tiktok tidak dipanggil Tiktok. Aplikasi ini cuma ada di negara asalnya iaitu China. Nama sebelum TikTok ialah Douyin Yang yang mana fungsinya hampir sama dengan TikTok iaitu pengguna atau user boleh berkongsi video pendek sekitar 15-60 saat kepada orang lain sesama pengguna Douyin.
Tak disangka, aplikasi Douyin mendapat sambutan yang sangat meriah oleh masyarakat Cina dan ini boleh dibuktikan dengan pengguna yang telah mencapai 100 juta lebih dalam masa yang agak singkat, kurang daripada setahun. Melihat kejayaan di China, pemilik aplikasi Douyin iaitu syarikat ByteDance mempunyai idea untuk pergi ke peringkat global. Mereka mahu aplikasi ini digunakan di seluruh dunia bukan sahaja di China.
Namun ada satu masalah jika mereka ingin merebut saham global iaitu nama Douyin kurang dikenali di negara luar. Jadi mereka membeli aplikasi buatan Amerika yang dipanggil sebagai Musically. Dari sinilah nama TikTok mula kedengaran di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Tak disangka, aplikasi Douyin mendapat sambutan yang sangat meriah oleh masyarakat Cina dan ini boleh dibuktikan dengan pengguna yang telah mencapai 100 juta lebih dalam masa yang agak singkat, kurang daripada setahun. Melihat kejayaan di China, pemilik aplikasi Douyin iaitu syarikat ByteDance mempunyai idea untuk pergi ke peringkat global. Mereka mahu aplikasi ini digunakan di seluruh dunia bukan sahaja di China.
Namun ada satu masalah jika mereka ingin merebut saham global iaitu nama Douyin kurang dikenali di negara luar. Jadi mereka membeli aplikasi buatan Amerika yang dipanggil sebagai Musically. Dari sinilah nama TikTok mula kedengaran di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Kelebihan Bisnes di Tiktok
Platform Percuma
Sama seperti media sosial lain, seperti Instagram, YouTube, Facebook. TikTok adalah platform media sosial yang boleh digunakan secara PERCUMA. Ini sangat menguntungkan, terutamanya bagi mereka yang ada bisnes atau perniagaan sendiri. Anda boleh memanfaatkan platform percuma ini untuk mula menarik pelanggan mengenali brand atau jenama bisnes anda kemudian menukarkan mereka menjadi pembeli.
Audience Besar
Semasa artikel ini ditulis, TikTok telah dimuat turun oleh lebih 500 juta pengguna. Ini menunjukkan bahawa TikTok sangat popular, terutamanya golongan millennial. Dengan audience yang sangat besar. Sudah tentu kita perlu manfaatkan platform ini untuk bisnes.
Lebih Dekat Pelanggan
Apabila menggunakan TikTok, anda akan berasa lebih dekat dengan pelanggan. Anda boleh memuat naik video setiap hari tentang jenama atau diri sendiri supaya penonton lebih kenal dan percaya dengan anda. Apabila penonton semakin banyak menikmati kandungan video kita yang menarik, mereka akan rasa lebih memilih produk kita sendiri berbanding produk pesaing.
Masih Fresh
Ya, ramai orang masih tidak mahu menggunakan Tiktok ini kerana mereka beranggapan bahawa Tiktok adalah platform kebanyakan kandungannya hanya menari naridan berjoget. Tetapi sebagai ahli bisnes mestilah pandai melihat pasaran market niche bisnes masing-masing. Kerana masih ramai lagi pesaing bisnes belum menggunakan Tiktok maka jangan lepaskan peluang ini.
4 CARA MEMPROMOSIKAN VIDEO TIKTOK
Manfaatkan Media Sosial
Salah satu kaedah promosi yang paling mudah dan percuma ialah menggunakan media sosial sedia ada. Terdapat pelbagai jenis media sosial yang boleh kita gunakan promosi seperti:
• Facebook Profile
• Facebook Group
• Facebook Reel
• Telegram Group/Channel
• Instagram Story
• Instagram Feed
• Instagram Reel
• Whatsapp Story
• Twitter
• Youtube
• Youtube Short
• Platform seperti forum dan sebagainya.
• Facebook Profile
• Facebook Group
• Facebook Reel
• Telegram Group/Channel
• Instagram Story
• Instagram Feed
• Instagram Reel
• Whatsapp Story
• Youtube
• Youtube Short
• Platform seperti forum dan sebagainya.
Join Group Komuniti Tiktok
Join group-group komuniti berkaitan Tiktok seperti di Facebook kerana kebanyakan peniaga di Tiktok datang dari sana untuk belajar dan mencari produk. Cara ini juga boleh digunakan untuk menambahkan followers di Tiktok.
Email Marketing
Strategi ini sesuai jika anda mempunyai database sendiri. Selepas menyusun database pelanggan seterusnya boleh blast email berkaitan dengan content anda.
Iklan di Tiktok Ads
Jika mahu meningkatkan bilangan followers dengan cepat, anda boleh gunakan TikTok Ads kerana ia mudah digunakan dan juga mudah dilihat oleh orang yang tidak pernah melihat video kita sama sekali. Apabila menggunakan TikTok Ads secara automatik audience akan menjadi lebih besar dan luas jadi ini akan meningkatkan bilangan viewers dan pada masa sama meningkatkan likes dan followers.
Kini berniaga di Tiktok menjadi mudah dengan adanya Tiktok Shop.
TikTok Shop sekarang ni tengah hangat!
Jom mulakan bisnes di Tiktok Shop sekarang!!!
Ingin Berniaga Di Tiktok?
Ini Panduan Lengkap Untuk Anda! Panduan Ini Sangat Praktikal!!
Anda boleh terus buat TikTok Shop anda sendiri hari ini juga sebaik sahaja selesai menonton video yang pertama!
