
Cara storytelling Steve Jobs dapat dilihat semasa penyampaiannya pada majlis pelancaran iPhone pada tahun 2007. Cara dia bercerita membuatkan orang teruja dan tertarik sampai berdiri dan bertepuk tangan pada akhirnya. Ini 7 cara storytelling yang kita boleh belajar daripada Steve Jobs:
Membuat JanjiMula-mula, Jobs memberikan janji yang power. Dia cakap dia nak perkenalkan produk yang boleh ubah dunia, membuatkan semua orang terus nak dengar apa dia nak cakap.
KonteksKena bagi konteks supaya orang faham mengenai apa yang kita cakap. Jobs bandingkan potensi iPhone dengan Macintosh dan iPod, kedua produk lama yang popular dan advanced masa tu. Itu semua untuk tunjuk betapa penting dan hebatnya iPhone baru ni.
Cipta Konflik / Ada MusuhKena ada musuh kalau nak orang engage. Musuh iPhone ialah smartphone lain masa tu yang Jobs kata tak smart dan susah pakai. Jadi iPhone jadi hero dalam cerita ni.
Tambah Kepentingan Jobs pula naikkan lagi suspen, cakap iPhone ni akan ‘reinvent the phone’, buatkan semua orang lagi nak tahu apa kehebatan iPhone ni.
Tunjuk HebatJobs tunjuk apa iPhone boleh buat, tapi dia relate balik pada benda yang orang dah biasa dan suka iaitu iPod, phone biasa dan internet. Jadi produk baru ni nampak biasa tapi still lain daripada yang lain.
Tambah Lagi KepentinganSepanjang masa dia bercakap, Jobs asyik sebut phone lain, macam Blackberry, tak setanding iPhone dari segi pengalaman guna dan reka bentuk. Dia asyik ulang macam mana iPhone ni lagi baik dari yang lain.
Buat Orang Mahu iPhoneAkhirnya Jobs list semua kelebihan iPhone dan compare harga dia dengan harga smartphone lain yang orang dah pakai. Hasilnya, orang rasa memang berbaloi beli iPhone walaupun mahal sikit sebab banyak kelebihan.
Kesimpulan
Dengan sambungkan semua elemen ni, Steve Jobs bukan sekadar menerangkan mengenai produk baru, tetapi dia membawa orang lalui cerita yang buatkan iPhone nampak macam jawapan untuk pelbagai masalah. Dia buatkan semua orang teruja, nak tahu lebih, dan rasa tak sabar. Gaya penceritaan dia ini mengikut struktur cerita klasik, membawa orang ikut perjalanan dan sampai ke penghujung yang sangat memuaskan.
